Tuesday, October 12, 2010

BUILD A CAREER WITH PUBLIC BANK As BUILD A CAREER WITH PUBLIC BANK AS OFFICER TRAINEES

PUBLIC BANK
Excellence is Our Commitment
BUILD A CAREER WITH PUBLIC BANK
As
OFFICERS TRAINEES
We invite suitable final semester students of University Technology Mara Malaysia to join us for a challenging career in Banking.
REQUIREMENTS:
  • Diploma in any disciplines
  • Motivated towards building a succesful career in banking
  • Energetic, performance driven, and dynamic
  • Outgoing with good interpersonal and communication skills
  • Mobile and prepared to be transfered to any of the Bank's branches in Malaysia

REWARDS:

  • Comprehensive training in executive development
  • Performance related rewards and accelerated career advancement for outstanding performers
  • Staff loans at low interest rates, medical benefits, 24-hours insurance coverage etc.

Those interested are invited to submit their aaplication with their resume, copies of relevant certificates and a photograpgh to :-

General Manager

Human Resource Division

11th Floor, Menara Public Bank

146 Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

or

Email: hrd@publicbank.com.my

Only shortlisted applicants will be notified.

All expenses incurred for attendance at interview will be on the candidate's own account.


Posted By: Siti Nuur-Ila Mat Kamal-FPM, UiTM Johor


Thursday, September 23, 2010

Alkisah ISD3E4; PEMUiS

Pengurusan Maklumat: Menyingkap Tabir Informasi (PEMUiS)

Pelajar ISD3E4 akan melaksanakan final project bagi subjek IMD 202. Mereka akan mempromosikan Fakulti Pengurusan Maklumat :-

Tempat : SMK Bandar Putra, Segamat
Peserta : Pelajar Tingkatan 5
Tarikh : 29/9/2010
Masa: 8am - 1.30pm


Tentatif Program :

8.00am : Kedatangan Pelajar
8.30am : Kedatangan VIP
8.45am : Ucapan alu-aluan
9.10am - 10.10am : Seminar 1
10.10am - 10.30 am : Rehat
10.30am - 11.30am : Seminar 2
11.30am - 1.00pm : Pameran dan Promosi
1.00pm - 1.30pm : Penutupan (Bersurai)



Jadi apa tunggu lagi? Ini la masanya untuk kita tunjukkan sokongan kepada ISD3e4! Mereka memerlukan sokongan kita semua untuk melaksanakan final project ini. Kejayaan mereka tetap kejayaan kita bersama. Assalamualaikum.

Haziq Zainal
ISD3E5

Sunday, August 1, 2010

Kepada Warga IMS

ASSALAMUAIKUM, kepada semua warga IMS... disini pihak kami ingin membuat satu pengumuman bahawa pihak IMS telah sebulat suara bersetuju ingin memberikan sedikit bantuan kepada sesiapa sahaja berstatus warga IMS yang telah mengalami kemalangan serius yang menyebabkan terpakasa hadir ke hospital pada semester ini... bantuan ini juga boleh dituntut sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga terdekat(ibu, bapa, adik-beradik) turut mengalami kemalangan ataupun kematian pada semester ini....... [pelajar tersebut diminta tampil kehadapan memberi nama dan butir2 diri kepada ahli jawatankuasa IMS].... terima kasih



tutu(arif)

Friday, July 23, 2010

EXPLORASI GEMPAK IMS SEM JUN-NOV 2010

PERHATIAN!!! kepada semua PART 1 DIIM. IMs akan mengadakan satu program induksi part 1 pada




TARIKH: 24 JULY 2010
MASA: 3ptg-6ptg,..,
BERTEMPAT: Padang Ragbi UiTM Johor
PROGRAM: Explorasi Gempak IMs

Anda diminta berpakaian sukan lengkap, berserta kasut sukan. Makan minum disediakan. Kedatangan anda adalah wajib. Cop disediakan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi adhock bagi program ini, sila daftarkan nama anda kepada director yang bertugas sebelum 17 July 2010. Terima kasih.





arif(tutu)

Updated design....






Tuesday, July 20, 2010

Yuran Keahlian IMS




Pengumuman penting!!! Perhatian kepada semua ahli persatuan IMS, dari part 2 hingga part 6. Anda diminta untuk membayar yuran keahlian IMS sebanyak RM 10 kepada klas rep anda. Kepada klas rep, anda diminta untuk mengumpulkan duit dan menyerahkannya kepada penolong bendahari (Nur Khatijah) secepat mungkin. Kerjasama anda amat dihargai. !?)


tutu

Wednesday, July 7, 2010

Presenting...

Assalamualaikum...


We would like to present to you the directors of IMS for this semester (July-Nov 10)...



Tressa
Part 6
President

Ersyazuddin/Acad
Part 3
Vice President


Nurhazwani/Wawa
Part 3
Secretary

Tyma
Part 5
Vice Secretary

Ain
Part 4
Treasurer

Nur Khatijah/Uja
Part 3
Vice Treasurer

Nurshafirah/Fira
Part 6
Academics Director

Nas Arwina/Wina
Part 3
Academics Director

Arif/Tutu
Part 3
Multimedia Director

Elysna
Part 3
Multimedia Director

Maznah
Part 6
Protocol Director

Haziq/Ajid
Part 3
Protocol Director


Zuraidah/Ida
Part 6
Publicity Director

Shafiqa
Part 3
Publicity Director

Afiq
Part 5
Special Tasks Director

Ain Diyana
Part 3
Special Tasks Director

Dana
Part 6
Sports Director

Qayyum
Part 3
Sports Director



We really hope that you will give supports towards IMS since we already arranged many events for this semester. To all the juniors, you may see any of the directors if you got problems. Just assume we are one big family and share anything together. All for one and one for all. Adios.


Haziq Zainal




Tuesday, July 6, 2010

SELAMAT DATANG KE UITM JOHOR

Tahniah dan syabas diucapkan kepada siswa/i baru UiTM Johor kampus Segamat yang beberapa hari sudah menjejakkan kaki ke menara gading ini. Titik peluh anda semua dalam menuntut ilmu semenjak di bangku sekolah lagi kini telah menampakkan hasil untuk memiliki masa hadapan yang cerah dengan melangkahnya anda ke menara gading yang hebat ini, terutamanya kepada siswa/i yang mengikuti kursus "Diploma Pengurusan Maklumat" pada semester Jun-November 2010. Hal ini adalah kerana para siswa/i yang mengikuti kursus ini akan diisi mindanya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat di mana ianya akan dapat digunakan pada masa hadapan untuk peluang pekerjaan yang lebih terjamin dan secara tidak langsung dapat menambahkan golongan masyarakat yang berilmu yang berbakti pada negara.

Untuk pengetahuan siswa/i baru UiTM Johor, di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat ini, berdiri megahnya sebuah persatuan yang menjadi tulang belakang fakulti sepanjang penubuhannya. Persatuan ini diwujudkan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli persatuannya dengan cara menjalankan pelbagai aktiviti dan program pada setiap semester semenjak penubuhannya. Persatuan ini dikenali sebagai Information Management Society.(IMS).

"SELAMAT DATANG KE UiTM JOHOR"


ARIF (TUTU)

Friday, May 21, 2010

PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG SEM DIS 2009- APRIL 2010



Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua warga kampus uitm segamat, johor terutamanya kepada ahli keluarga information managemnet society (IMS) uitm segamat johor. Pelbagai aktiviti dan program telah kita dijayakan sepanjang slot semester Dis 09- Nov 2010, (semester baru-baru ini). Berbagai macam senyuman dan gelak-ketawa telah terukir di wajah kita bersama sepanjang kita menjalankan aktiviti,walaupun ia tidak semudah yang kita sangka. Namun ianya tidak begitu dirasai disebabkan bantuan dan sokongan daripada anda semua. Di sini saya ingin mengimbau kembali di antara aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang semester ini.

MALAM INTEGRASI FAKULTI
(3.2.2010) DEWAN SRI TEMENGGUNG
TAUTAN UKHWAH IMS (TUI)
(14.3.2010) PADANG RAGBI UITM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT IMS (PROKIM)
(27.3.2010) PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM SEGAMAT MAJLIS JUNJUNGAN ILMU IMS
(29.3.2010)DEWAN SRI TEMENGGUNG



PROGRAM TA'ARUF SATU IMS (PROTASA)
(12.4.2010) MASID AS-SYAKIRIN


Ini merupakan antara program-program yang telah dijalankan oleh kita sepanjang semester ini. Program-program dan aktiviti ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang dari awal oleh kerana bantuan dan sokongan anda semua sebagai ahli keluarga ini. Saya mewakili seluruh jawatankuasa IMS mengucapkan beribuan terima kasih dan berasa berbangga dengan setiap bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan anda. Kami berharap sokongan anda semua sebagai satu keluarga IMS akan terus menyokong kami dalam menjalankan aktiviti dan program untuk semester hadapan. (program2 lain akan di update as soon as possible)



ARIF (TUTU)








Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam ceria buat semua warga IMS..

Hari ini 9 Mei 2010 merupakan sambutan hari ibu yang di sambut serentak di beberapa negara. Pagi tadi Tuan Guru saya semasa kuliah subuh ada menegur sambutan hari ibu ni.Dia kata haram menyambutnya kerana budaya barat. Untuk umat Islam kita patut sambut hari ibu pada setiap hari atau seminggu sekali. Kasih saying ibu ini mesti ada dalam hati kita setiap hari. Betul juga kata ustaz tu. Apa pun saya sekadar nak memperingatkan anak-anak agar jangan lupa dan alpa pengorbanan ibu. Sentiasalah ada kasih dan saying pada ibu kita. Bacalah coretan di bawah ini buat tatapan semua warga IMS

Untuk : Bondaku Tersayang

Kepada bondaku yang mengasuhku selama ini, kuucapkan selamat hari ibu. Semoga sihat selalu dan tak pernah lupa padaku dan kenangan selama ini bersama keluarga. Maafkan anakanda yang selama ini belum mengucapkan terima kasih, maka bersama surat ini anakanda mengucapkan terima kasih atas jasamu selama ini. Mungkin hanya ini yang bisa kuberi sampai saat ini untuk berterima kasih kerana semua jasa orang tuaku tak akan terbalas olehku sampai akhir hayat. Dengan penuh rasa sayang dan terimakasih kuucapkan lagi,
Selamat Hari Ibu.

Sajak Jasa Ibuku

BERTAHUN-TAHUN IBU MENGASUHKU
BERTAHUN-TAHUN PULA AKU TAK BERTERIMA KASIH
AKU TELAH LUPA AKAN JASA IBUKU
AKU TELAH LUPA SEMUA DOSAKU PADA IBUKU

IBU….
SEMBILAN BULAN ENGKAU BERJUANG MENGANDUNGKU
LALU ENGKAU BERTARUH NYAWA MELAHIRKANKU
PERJUANGANMU SUNGGUH BERAT IBUKU
MAAFKAN AKU IBUKU….
AKU TAK PERNAH BERTERIMA KASIH ATAS JASAMU

IBU,
MAAFKAN ANAKMU YANG BANYAK BERDOSA PADAMU INI
SEKARANG, AKU AKAN BERTERIMA KASIH PADAMU
ATAS SEGALA JASAMU YANG TAKKAN BISA KUBALAS
SAMPAI AKHIR HAYAT.


Oh Ibu…

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil…."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ini.


Bakry, Shah Alam






Tuesday, May 4, 2010

Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Salam ukhwah buat semua warga IMS...

Seketika singgah di Kampus UiTM Segamat atas urusan kerja saya sempat melihat telatah siswa dan siswi yang sedang berkemas untuk pulang ke kampung halaman. Situasi ini akan berterusan hingga 10 Mei 2010 nanti. Tentu kalian semua akan seronok berjumpa ahli keluarga dan saudara mara . Gunakan peluang ini sebaiknya untuk menjalin ikatan kekeluargaan yang sedikit renggang akibat kesibukan kuliah, aktiviti pelajar dan mengulangkaji. Selamat bercuti dan berhati-hati ketika di jalan raya.

Di sini saya nak berkongsi sedikit tayangan video dari YouTube sebagai motivasi @ Kasihnya Seorang Ibu . Semoga kisah ini mendidik kita mengenang pengorbanan ayah & ibu.

Selamat Bercuti.

Bakry.

Thursday, April 15, 2010

Kembali Ke Pangkal Jalan

Salam buat semua pelajar IMS yang saya kasihi..

Dalam sebulan ini berita pembungan bayi begitu hebat diperkatakan sehingga Meneteri yang bertanggungjawab terpaksa melancarkan kempen Kami Perihatin. Syabas dah tahniah atas usaha ini. Saya juga mahu menyumbang ke arah usaha ini. Akhirnya saya terfikir untuk membantu jika ada di kalangan pelajar yang sudah jauh terpesong untuk kembali ke pangkal jalan.

Saya yakin ramai di luar sana gagal mencari bantuan bila menghadapi masalah sosial untuk mencari jalan keluar. Kegagalan mencari jalan keluar menyebabkan mereka mengambil keputusan nekad iaitu membunuh diri atau membuang bayi yang telah dikandung. Gunakan talian NUR 1599 untuk memohon bantuan. Saya juga telah menyediakan ruang [ Panduan Hidup] agar sumber di sini dapat menjadi rujukan tentang soal agama. Permulaan saya telah meletakkan link ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) http://www.islam.gov.my/portal untuk kita lebih memahami soal agama dengan lebih jelas. Saya memilih berdakwah menggunakan kemudahan ICT yang sememangnya menjadi pilihan belia dan remaja masa kini.

Jika anda mencari jalan keluar dari permasalahan silalah ke ruang [Panduan Hidup] untuk mencari kehidupan yang sempurna di sisi Allah swt. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlamat. Saya akan sentiasa mengemaskini ruang ini untuk panduan mencari jalan yang benar di sisi Allah swt. Downloadlah e-book saudara Fuad Latif -ketika anda mencari-cari sesuatu dalam hidup ini.

Sekian

Bakry, Kondo Puri Aiyu Shah Alam

Wednesday, April 7, 2010

Memulakan Blog Baru IMS Dengan Lafaz Bismillaahir rahmaanir rahiim.

Salam buat semua warga IMS ,

Saya mulakan penulisan Blog Baru IMS ini dengan lafaz "Bismillaahir rahmaanir rahiim" ( Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani).

Saya mengucap panjang bila dimaklumkan Blog IMS @ http://imsjohor.blogspot.com yang telah dibangunkann hampir 3 tahun akhirnya dilenyapkan oleh si penggodam yang pastinya mendapat hukuman yang setimpal daripada Allah swt. Warga IMS dijemput ke blog lama IMS untuk menyuarakan kutukan kepada si penggodam di ruang comments.

Sejak 2 tahun yang lepas kami barisan pengendali Blog Ims telah berusaha siang dan malam tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan upah untuk membangunkan Blog IMS ini untuk dijadikan sebagai wadah dan sumber maklumat kepada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor.


Namun pada 5 April 2010 sebagaimana serangan ke World Trade Centre,US pada 11 September 2001 begitulah yang di alami oleh Blog IMS. Ianya telah melenyapkan ribuan maklumat yang telah di simpan selama 3 tahun dan amat sukar untuk diganti kembali. Maklumat itu umpama setiap nyawa yang ada dalam warga IMS. Namun penggodam tidak berjaya menceroboh satu lagi sistem maklumat IMS di Yahoo Groups yang mana passwordnya hanya saya sahaja yang mengetahuinya. Satu hari suntuk saya berkurung di rumah mencari jalan penyelesaiannya. Ketika itu saya hanya ada Allah swt yang mampu saya mohon pertolongan. Setiap solat duha, tahjjud, taubat, istikarah & hajat saya mohon petunjuk kepada Allah swt. Saya mohon kekuatan dan dipermudahkan segalanya. Akhirnya gerak hati saya cukup kuat mengatakan penggodam dan penceroboh ini dilakukan oleh pelajar IMS sendiri. Pada analisa saya , kecuaian pengendali Blogger IMS yang mendedahkan password telah memudahkan Blog IMS digodam. Kami akan belajar dari kesilapan yang lalu

Justeru itu jika sesiapa pelajar IMS yang mengetahui si penggodam ini sila tampil memberi maklumat kepada saya menerusi sms @ 0163987048. Saya yakin Allah swt akan membantu saya memberi petunjuk. Marilah kita semua warga IMS kembali memberi sokongan kepada Blog IMS yang baru dan mendoakan agar kami pengendali Blog IMS diberi kekuatan dan idea-idea yang baru dalam melahirkan satu Blog IMS yang mantap dan bermaklumat.

Salam 1 Uitm, 1 Blog. 1 Komuniti.

Bakry :-) 13A - 16 ,Kondo Puri Aiyu Shah Alam