Salam buat semua warga IMS ,
Saya mulakan penulisan Blog Baru IMS ini dengan lafaz "Bismillaahir rahmaanir rahiim" ( Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani).
Saya mengucap panjang bila dimaklumkan Blog IMS @ http://imsjohor.blogspot.com yang telah dibangunkann hampir 3 tahun akhirnya dilenyapkan oleh si penggodam yang pastinya mendapat hukuman yang setimpal daripada Allah swt. Warga IMS dijemput ke blog lama IMS untuk menyuarakan kutukan kepada si penggodam di ruang comments.
Sejak 2 tahun yang lepas kami barisan pengendali Blog Ims telah berusaha siang dan malam tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan upah untuk membangunkan Blog IMS ini untuk dijadikan sebagai wadah dan sumber maklumat kepada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor.
Namun pada 5 April 2010 sebagaimana serangan ke World Trade Centre,US pada 11 September 2001 begitulah yang di alami oleh Blog IMS. Ianya telah melenyapkan ribuan maklumat yang telah di simpan selama 3 tahun dan amat sukar untuk diganti kembali. Maklumat itu umpama setiap nyawa yang ada dalam warga IMS. Namun penggodam tidak berjaya menceroboh satu lagi sistem maklumat IMS di Yahoo Groups yang mana passwordnya hanya saya sahaja yang mengetahuinya. Satu hari suntuk saya berkurung di rumah mencari jalan penyelesaiannya. Ketika itu saya hanya ada Allah swt yang mampu saya mohon pertolongan. Setiap solat duha, tahjjud, taubat, istikarah & hajat saya mohon petunjuk kepada Allah swt. Saya mohon kekuatan dan dipermudahkan segalanya. Akhirnya gerak hati saya cukup kuat mengatakan penggodam dan penceroboh ini dilakukan oleh pelajar IMS sendiri. Pada analisa saya , kecuaian pengendali Blogger IMS yang mendedahkan password telah memudahkan Blog IMS digodam. Kami akan belajar dari kesilapan yang lalu
Justeru itu jika sesiapa pelajar IMS yang mengetahui si penggodam ini sila tampil memberi maklumat kepada saya menerusi sms @ 0163987048. Saya yakin Allah swt akan membantu saya memberi petunjuk. Marilah kita semua warga IMS kembali memberi sokongan kepada Blog IMS yang baru dan mendoakan agar kami pengendali Blog IMS diberi kekuatan dan idea-idea yang baru dalam melahirkan satu Blog IMS yang mantap dan bermaklumat.
Salam 1 Uitm, 1 Blog. 1 Komuniti.
Bakry :-) 13A - 16 ,Kondo Puri Aiyu Shah Alam
Santai AJK MBD- 19 November 2013
-
Alhmdulilh, seperti dirancang walapun saya tak boleh makan seafood n daging
n sebarangan makanan, dengan nikmat dan rezki yang Allah swt beri dapat
juga ke...
11 years ago
No comments:
Post a Comment