Tuesday, July 6, 2010

SELAMAT DATANG KE UITM JOHOR

Tahniah dan syabas diucapkan kepada siswa/i baru UiTM Johor kampus Segamat yang beberapa hari sudah menjejakkan kaki ke menara gading ini. Titik peluh anda semua dalam menuntut ilmu semenjak di bangku sekolah lagi kini telah menampakkan hasil untuk memiliki masa hadapan yang cerah dengan melangkahnya anda ke menara gading yang hebat ini, terutamanya kepada siswa/i yang mengikuti kursus "Diploma Pengurusan Maklumat" pada semester Jun-November 2010. Hal ini adalah kerana para siswa/i yang mengikuti kursus ini akan diisi mindanya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat di mana ianya akan dapat digunakan pada masa hadapan untuk peluang pekerjaan yang lebih terjamin dan secara tidak langsung dapat menambahkan golongan masyarakat yang berilmu yang berbakti pada negara.

Untuk pengetahuan siswa/i baru UiTM Johor, di bawah Fakulti Pengurusan Maklumat ini, berdiri megahnya sebuah persatuan yang menjadi tulang belakang fakulti sepanjang penubuhannya. Persatuan ini diwujudkan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli persatuannya dengan cara menjalankan pelbagai aktiviti dan program pada setiap semester semenjak penubuhannya. Persatuan ini dikenali sebagai Information Management Society.(IMS).

"SELAMAT DATANG KE UiTM JOHOR"


ARIF (TUTU)

No comments: