Thursday, April 15, 2010

Kembali Ke Pangkal Jalan

Salam buat semua pelajar IMS yang saya kasihi..

Dalam sebulan ini berita pembungan bayi begitu hebat diperkatakan sehingga Meneteri yang bertanggungjawab terpaksa melancarkan kempen Kami Perihatin. Syabas dah tahniah atas usaha ini. Saya juga mahu menyumbang ke arah usaha ini. Akhirnya saya terfikir untuk membantu jika ada di kalangan pelajar yang sudah jauh terpesong untuk kembali ke pangkal jalan.

Saya yakin ramai di luar sana gagal mencari bantuan bila menghadapi masalah sosial untuk mencari jalan keluar. Kegagalan mencari jalan keluar menyebabkan mereka mengambil keputusan nekad iaitu membunuh diri atau membuang bayi yang telah dikandung. Gunakan talian NUR 1599 untuk memohon bantuan. Saya juga telah menyediakan ruang [ Panduan Hidup] agar sumber di sini dapat menjadi rujukan tentang soal agama. Permulaan saya telah meletakkan link ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) http://www.islam.gov.my/portal untuk kita lebih memahami soal agama dengan lebih jelas. Saya memilih berdakwah menggunakan kemudahan ICT yang sememangnya menjadi pilihan belia dan remaja masa kini.

Jika anda mencari jalan keluar dari permasalahan silalah ke ruang [Panduan Hidup] untuk mencari kehidupan yang sempurna di sisi Allah swt. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlamat. Saya akan sentiasa mengemaskini ruang ini untuk panduan mencari jalan yang benar di sisi Allah swt. Downloadlah e-book saudara Fuad Latif -ketika anda mencari-cari sesuatu dalam hidup ini.

Sekian

Bakry, Kondo Puri Aiyu Shah Alam

No comments: