Friday, May 21, 2010

PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG SEM DIS 2009- APRIL 2010



Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua warga kampus uitm segamat, johor terutamanya kepada ahli keluarga information managemnet society (IMS) uitm segamat johor. Pelbagai aktiviti dan program telah kita dijayakan sepanjang slot semester Dis 09- Nov 2010, (semester baru-baru ini). Berbagai macam senyuman dan gelak-ketawa telah terukir di wajah kita bersama sepanjang kita menjalankan aktiviti,walaupun ia tidak semudah yang kita sangka. Namun ianya tidak begitu dirasai disebabkan bantuan dan sokongan daripada anda semua. Di sini saya ingin mengimbau kembali di antara aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang semester ini.

MALAM INTEGRASI FAKULTI
(3.2.2010) DEWAN SRI TEMENGGUNG
TAUTAN UKHWAH IMS (TUI)
(14.3.2010) PADANG RAGBI UITM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT IMS (PROKIM)
(27.3.2010) PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM SEGAMAT MAJLIS JUNJUNGAN ILMU IMS
(29.3.2010)DEWAN SRI TEMENGGUNG



PROGRAM TA'ARUF SATU IMS (PROTASA)
(12.4.2010) MASID AS-SYAKIRIN


Ini merupakan antara program-program yang telah dijalankan oleh kita sepanjang semester ini. Program-program dan aktiviti ini telah berjalan lancar seperti yang dirancang dari awal oleh kerana bantuan dan sokongan anda semua sebagai ahli keluarga ini. Saya mewakili seluruh jawatankuasa IMS mengucapkan beribuan terima kasih dan berasa berbangga dengan setiap bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan anda. Kami berharap sokongan anda semua sebagai satu keluarga IMS akan terus menyokong kami dalam menjalankan aktiviti dan program untuk semester hadapan. (program2 lain akan di update as soon as possible)



ARIF (TUTU)








Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam ceria buat semua warga IMS..

Hari ini 9 Mei 2010 merupakan sambutan hari ibu yang di sambut serentak di beberapa negara. Pagi tadi Tuan Guru saya semasa kuliah subuh ada menegur sambutan hari ibu ni.Dia kata haram menyambutnya kerana budaya barat. Untuk umat Islam kita patut sambut hari ibu pada setiap hari atau seminggu sekali. Kasih saying ibu ini mesti ada dalam hati kita setiap hari. Betul juga kata ustaz tu. Apa pun saya sekadar nak memperingatkan anak-anak agar jangan lupa dan alpa pengorbanan ibu. Sentiasalah ada kasih dan saying pada ibu kita. Bacalah coretan di bawah ini buat tatapan semua warga IMS

Untuk : Bondaku Tersayang

Kepada bondaku yang mengasuhku selama ini, kuucapkan selamat hari ibu. Semoga sihat selalu dan tak pernah lupa padaku dan kenangan selama ini bersama keluarga. Maafkan anakanda yang selama ini belum mengucapkan terima kasih, maka bersama surat ini anakanda mengucapkan terima kasih atas jasamu selama ini. Mungkin hanya ini yang bisa kuberi sampai saat ini untuk berterima kasih kerana semua jasa orang tuaku tak akan terbalas olehku sampai akhir hayat. Dengan penuh rasa sayang dan terimakasih kuucapkan lagi,
Selamat Hari Ibu.

Sajak Jasa Ibuku

BERTAHUN-TAHUN IBU MENGASUHKU
BERTAHUN-TAHUN PULA AKU TAK BERTERIMA KASIH
AKU TELAH LUPA AKAN JASA IBUKU
AKU TELAH LUPA SEMUA DOSAKU PADA IBUKU

IBU….
SEMBILAN BULAN ENGKAU BERJUANG MENGANDUNGKU
LALU ENGKAU BERTARUH NYAWA MELAHIRKANKU
PERJUANGANMU SUNGGUH BERAT IBUKU
MAAFKAN AKU IBUKU….
AKU TAK PERNAH BERTERIMA KASIH ATAS JASAMU

IBU,
MAAFKAN ANAKMU YANG BANYAK BERDOSA PADAMU INI
SEKARANG, AKU AKAN BERTERIMA KASIH PADAMU
ATAS SEGALA JASAMU YANG TAKKAN BISA KUBALAS
SAMPAI AKHIR HAYAT.


Oh Ibu…

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil…."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ini.


Bakry, Shah Alam






Tuesday, May 4, 2010

Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Salam ukhwah buat semua warga IMS...

Seketika singgah di Kampus UiTM Segamat atas urusan kerja saya sempat melihat telatah siswa dan siswi yang sedang berkemas untuk pulang ke kampung halaman. Situasi ini akan berterusan hingga 10 Mei 2010 nanti. Tentu kalian semua akan seronok berjumpa ahli keluarga dan saudara mara . Gunakan peluang ini sebaiknya untuk menjalin ikatan kekeluargaan yang sedikit renggang akibat kesibukan kuliah, aktiviti pelajar dan mengulangkaji. Selamat bercuti dan berhati-hati ketika di jalan raya.

Di sini saya nak berkongsi sedikit tayangan video dari YouTube sebagai motivasi @ Kasihnya Seorang Ibu . Semoga kisah ini mendidik kita mengenang pengorbanan ayah & ibu.

Selamat Bercuti.

Bakry.